Laman Utama Kegunaan Pencipta Testimoni Program Galeri Hubungi Kami Tempahan Tempahan  

English Version

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TESTIMONIAL

"Magic Block merupakan suatu ciptaan yang unik dan boleh membantu memudahkan pelbagai kerja seperti dalam pendidikan, penerbitan, rekaan dan seni reka tanda. Dalam pendidikan, Magic Block boleh membantu guru dan murid melukis rajah, bentuk, tulisan dan objek tertentu dengan mudah dan berkesan. Walaupun perkara-perkara tersebut boleh dilakukan dengan komputer, Magic Block membantu membentuk kreativiti pada peringkat asas sebelum dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi menggunakan komputer. Magic Block juga sangat sesuai digunakan dalam peperiksaan di mana komputer tidak boleh digunakan."

Dr Jamil Adimin PhD, M.Ed, BSc.Ed.
Ketua Unit Psikometrik
Lembaga Peperiksaan Malaysia


"Ciptaan tuan adalah sesuatu yang kreatif dan inovatif dan sedar bahawa alat ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis lukisan. Kami berharap juga tuan dapat menjadi contoh kepada guru-guru lain dan berharap budaya reka cipta dan budaya inovatif dapat dipupuk di kalangan guru."

Dr Siti Hawa Ahmad
Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia


"Magic Block banyak membantu tugasan saya sebagai seorang guru. Ia memudahkan saya dalam penyediaan bahan pengajaran kepada pelajar terutamanya di dalam matapelajaran Matematik. Sungguh mudah dan cepat."

Cikgu Bohari Ahmad
Guru Inovatif Kebangsaan
Guru Inovatif Negeri Perak


"I think, this tool is very simple, but has many many functions, beyond my imagination before. It's a breakthrough in drawing experience for kids, students and scientists."

Agung Yulianto
Marketing Director
Pt. Mitragin Sejahtera
Jakarta, Indonesia


"Saya amat kagum apabila pertama kali saya diajar menggunakan Magic Block. Ia adalah satu penemuan yang cukup bernilai dan berharga. Ia membuatkan sesiapa sahaja yang baru belajar di dalam mengeksploitasikannya amat terpesona kerana Magic Block ini membantu seseorang di dalam melakukan kerja-kerja lukisan teknik secara lebih dinamik dan mudah. Ia bagaikan suatu tatacara "jalan yang pintas" untuk menghasilkan sesebuah lukisan bergeometri, separa geometri-ornamental mahupun bercorak ornamental dengan lebih baik dan jitu. Semoga penciptaan ini dapat dikembangkan untuk kebaikan semua ke mercu yang lebih gemilang."

Muhammad Busyairi Ahmad
Mahasiswa Tahun Akhir
Kulliyyah of Architecture & Environmental Design
International Islamic University Malaysia


"Bila tiba waktu peperiksaan, saya tidak lagi risau untuk melukis rajah kerana Magic Block ada untuk membantu saya. Nasib baiklah ada Magic Block dan boleh pula dibawa ke dalam dewan peperiksaan."

Fathin Zarina
Pelajar
Sekolah Menengah Teknik Jalan Brash, Perak