|
|
 |
PEREKACIPTA MAGIC BLOCK
Ahmad bin Sutan (PPN) perekacipta Magic Block dilahirkan pada 17 April 1955 di Sungai Besar, Selangor dan kini menetap di Ipoh, Perak. Beliau memiliki Diploma Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim (dahulunya dikenali sebagai MPSI). Sepanjang perkhidmatan sebagai guru sekolah menengah selama 25 tahun (1976-1999), beliau dikurniakan beberapa anugerah atas kecemerlangan beliau, antara anugerah yang diperolehi ialah:
• Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 1997
• Guru Inovatif Negeri Perak 1994,1997 dan 1999
• Certificate of Award - Gold Medal -1997
• Anugerah Perekacipta Negara -1999
• Pingat Pangkuan Negara (PPN) -1999.
Selain Magic Block, beliau juga telah berjaya menghasilkan beberapa ciptaan baru seperti Amadtech, Prototaip Mesin Kelapa Sawit dan Makmal Matematik. Beliau berharap agar segala ciptaannya dapat memberi manfaat kepada dunia pendidikan dan menjadi pemangkin kepada perekacipta generasi muda agar lebih berani mencipta sesuatu yang baru dan bermanfaat.
|
| |
|
|
| |
|
|
|
|